SELAMAT TAHUN BARU 2023 & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

 Assalamualaikum kesayangan hamba...

Salam 2023! Beralih sudah kita dari Tahun 2022 ke Tahun 2023. Menginjaklah @ bertambahlah juga satu usia. Terima kasih Allah atas pinjaman usia ini. Terima kasih Allah kerana kami masih bernafas di muka bumiMu duhai Rabbul Izzati.

2022 jadi kenangan. Kita tinggalkannya. Suka duka 2022 menjadi iktibar dan panduan mengemudi kehidupan. 2023 jadi hamparan. Kita melangkah ke hadapan dengan iringan doa agar sentiasa dipayungi Al Khaliq dengan hidayah dan rahmat. Semoga dipermudahkan segalanya. Semoga diredhai mujahadah kita.


Alhamdulillah, menyahut cabaran dunia pendidikan digital di Malaysia, lahirlah juga nurhafidzahmd.com bersama-sama lebih 50 Team Akademi Youtuber. Anugerah terindah dari Ilahi tatkala dapat sama-sama bergerak bersama AYU dalam menggali ilmuNya yang luas. Terima kasih daun keladi buat Yu. Suffi khasnya, serta semua sahabat AYU yang semangatnya sentiasa hidup dan membara. #adikberadikayu

Akhir kalam untuk kali ini, selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua rakan warga pendidik dan murid-murid yang disayangi. Semoga lebih bersemangat dengan keazaman yang tinggi bagi meneruskan sisa kehidupan ini. Semoga kita sentiasa cintakan ilmu dan berlumba menjadi orang berilmu serta sebarkan ilmu. InsyaAllah... 


6 Comments

Previous Post Next Post