Gelaran Khas Yu. untuk Youtuber Guru Malaysia


Sumber@Pautan@Kredit: 

 ' Yu. ' 

Gelaran khas yang dianugerahkan oleh Akademi Youtuber kepada mana-mana guru yang menjalankan aktiviti perkongsian ilmu melalui pelantar Youtube atau dikenali sebagai Youtuber. 

Membawa maksud Youtuber ini adalah seorang guru yang berkhidmat di Malaysia, mengikuti semua modul yang disediakan oleh AYU (Akademi Youtuber) dan berjaya mendapatkan 1,000 Subscriber dalam tempoh yang ditetapkan seiring dengan kesungguhan Youtuber menjalankan aktiviti perkongsian secara maya. 

Setiap Youtuber yang menggunakan gelaran 'Yu.' disahkan memiliki pengetahuan yang tinggi untuk menguruskan channel di Youtube, menguasai ilmu menyunting video, grafik, animasi dan berkeupayaan mengendalikan sesi siaran langsung di peringkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan. 

Gelaran ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kerana setiap penerima anugerah gelaran ini memiliki rekod dengan Akademi Youtuber yang boleh disemak oleh sesiapa sahaja untuk pengesahan. 

Bersama membudayakan perkongsian ilmu dalam pembelajaran norma baharu

www.akademiyoutuber.com
Merealisasikan impian anda!


*Segalanya PERCUMA, hanya di Akademi Youtuber. 
Previous Post Next Post