Begitu juga murid. Perwatakan mereka juga bakal berbeza tatkala mereka berada di dalam kelompok sama jantina kesemuanya. Semangat persaingan sedikit kurang, rasa malu juga boleh dikatakan kurang terserlah. Teringat juga dulu, di zaman kanak-kanak saya, jika ada sahaja murid yang agak nakal dan bising di dalam kelas, cikgu akan letakkannya ditengah diapit oleh murid lelaki @ perempuan. Macam-macam lagi lah kisahnya. 😂😂😂
Akan tetapi, ianya unik kan. Persahabatan antara murid rasanya lebih akrab. Masing-masing berkongsi rasa dan cerita tanpa banyak halangan. Lebih bebas dan meriah.
Saya sebagai guru? Awalnya agak kekok dan rasa sedikit mencabar. Apabila kesemuanya lelaki, (khasnya murid tahap 1; Tahun 1,23) kebanyakannya aktif dan sukar untuk "duduk diam". Mood ceria dan gembira sokmo. Berlari ke sana sini, bercerita itu dan ini jika tidak dikawal baik. Terpaksalah guru meninggikan sedikit volume suara menarik perhatian mereka sepanjang pengajaran di dalam kelas. Sekarang semuanya sudahpun menjadi kebiasaan. Hadap sahaja mereka dengan happy dan redha. Comel-comel je semua! Semoga anak-anak ustazah berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah!