AI AWARE & AI APPRECIATE



Mengenai AI untuk Rakyat


AI untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan’ - Artificial Intelligence (AI). Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang AI kepada semua lapisan masyarakat – pelajaribu bapa yang tinggal di rumahprofesional dalam apa jua bidang, warga emas - pada asasnya, sesiapa sahaja yang berminat untuk membelajari dan ingin membina ‘Minda Digital’.

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian: ‘Kesedaran AI’ atau turut dikenali sebagai ‘AI Aware’ dan ‘Hargai AI’ atau ‘AI Appreciate’.

Kedua-dua bahagian boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam. Setiap bahagian adalah berdasarkan konsep berkaitan AI yang dijelaskan melalui aktiviti dan kuiz yang menarik. Selepas melepasi kuiz ini, pengguna akan menerima lencana yang boleh ditunjukkan dalam akaun media sosial mereka. Pengguna boleh mengambil kuiz ini seberapa banyak yang mereka mahu. Selepas mereka menyelesaikan kuiz ini, mereka menjadi pemegang lencana AI Aware dan AI Appreciate.

Selepas menyelesaikan kedua-dua bahagian, pengguna boleh teruskan dengan membuat rancangan pembelajaran kendiri untuk diri mereka sendiri. Mereka boleh memilih domain yang mereka minati dan memulakan perjalanan pembelajaran AI kendiri mereka.

Program AI untuk Rakyat tersedia dalam 4 bahasa dan keseluruhan kandungannya serasi dengan pelbagai aplikasi cakap balik untuk menjadikannya boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya penglihatan.






 

Previous Post Next Post