AHLAN WA SAHLAN - SELAMAT DATANG - WELCOME




 Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Salam perkenalan buat semua. Dengan gabungan semangat sahabat-sahabat Akademi Youtuber, sekali lagi saya mengemudi blog. Pernah menjadi blogger aktif suatu waktu dahulu namun semuanya tinggal kenangan. Tinta Qalby; nurhafidzahmd.com merupakan tapak baru untuk saya nukilkan perkongsian ilmu. Semangat yang hangat berapi ditiup daripada AYU yang dipimpin oleh Yu.Sufi akan saya manfaatkan kali ini untuk murid-murid, rakan-rakan guru, kenalan dan ibu bapa untuk dijadikan rujukan dan sumber maklumat seadanya. 

Tinta Qalby / nurhafidzahmd.com akan cuba menukilkan catatan pengalaman, suka-duka, maklumat dan apa sahaja yang bersesuaian untuk dikongksikan. 

Terima kasih diucapkan kepada suami, ahli keluarga, saudara mara serta semua sahbaat handai atas sokongan kalian sepanjang mujahadah kehidupan ini. L.o.V.e!

Apa yang baik datangnya dari Allah, yang lemah itu dari diri saya sendiri. Sudilah kiranya kalian bersama saya dalam mujahadah ilmu sehingga ke noktah terakhir kehidupan ini. Harapan saya, semoga apa yang dinukilkan di sini, boleh menjadi asbab mengalirnya pahala kepada diri yang kerdil di sisiNya ini. Redhai lah diri ini duhai Allah, rahmatilah kalian yang saya sayangi fiLLAH!

1 Comments

Previous Post Next Post