SELOKA RAGAM PDPR


PDPR dilaksanakan di seluruh Malaysia bagi mengekang penularan Covid 19 di sekolah. Sungguhlah, pengalaman PDPR terlalu manis untuk dikenang. 

Terasa suatu perasaan yang hadir di lubuk hati bahawa cikgu perlukan murid di hadapan mata, bukan di hadapan lensa kamera. Murid tak puas serta tidak hadam menerima pengajaran guru di paparan skrin semata-mata. Kita perlu bersemuka! Ya, Google Meet ada! Ya, Zoom ada! Ya, Live Quizizz ada! Ya, Kahoot ada! Ya, Wordwall ada! Ya, Google Form ada! Ya, semua aplikasi ada! Tapi sama ke dengan bersemuka di dalam kelas? Tidak sama sekali.

Terbuka hati untuk menukilkan sebuah seloka tatkala SYFE Management ingin menerbitkan Siri Sketsa Bangsa Terdidik. Sebuah seloka yang saya nukilkan termaktub di dalam buku ini. Bagi sahabat yang ingin mendapatkan buku ini, boleh hubungi saya; berharga RM25 sahaja senaskhah.
Buku ini adalah gabungan 2 edisi yang memuatkan 9 buah seloka bertemakan Ragam PDPR untuk Edidi 1, manakala 14 buah Sajak Didik Ajarmu Anta Permanaku untuk Edisi 2.

-------------------------------------------------------------------------------

Antara bebrapa bait rangkap yang dinukilkan...~ 


SELOKA RAGAM PDPR
Nur Hafidzah binti Mat Daud
_______________________

Tidak bergegas ke kelas segala
Namun semnagat membara menyala
Amanah PdPR semangatku bernyala
Gajet medium penyampai segala

Kelas maya menjadi perantara
Jauh di mata di hati membara
Ajar membaca menulis mengira
Masa kukorbankan tidak berkira

Rindu cikgu kepada pen merah
Alat menanda kerja yang diserah
Rindu juga melenggang ke sekolah
Di sekolah juga terjalin ukhuwah

Memerah otak memerah keringat
Membuat nota panjanglah sangat
Aduhai muridku jangan tak ingat
Selesaikan kerja meskipun penat

Bukan duit bukan pujaan 
Bukan hadiah cikgu dambakan
Cukuplah dapat lihat kejayaan
Biarpun sukar cikgu korbankan

Cikgu bising di kelas maya
Murid sepi tak buka kamera
Idea mencurah mata bercahaya
Tak sabar rasa nak bersemuka

Pegang dan belek menghadap peranti
Menunggu cikgu memberi intipati
Bersorak riang gembiranya hati
Menyertai kelas yang penuh bererti

Belajar di rumah pautan diberi
Klik di dini paparannya selari
Semuanya canggih di hujung jari
Ilmu membukit ayuhlah dicari

Luas sungguh ilmu diterokai
Ilmu teknologi dicari digali
Teruslah belajar tingkatkan peduli
Pengetahuan tak dapat dijual dibeli

Kreatif inovatif cikgu usahakan
Menarik minat talian dimanfaatkan
Pelbagai aplikasi cikgu gunakan
Murid gembira perhatian diberikan

Hidup ini kit ayang olah
Belajar di rumah mahupun di sekolah
Usah bersedih usah mengalah
Kerana semuanya iradat Allah


Dapatkan senaskhah untuk anda bagi membaca nukilan penuh ini dan banyak lagi nukilan guru-guru seMalaysia.



 

Previous Post Next Post